kita sebenarnya silap..

-Kita sebenarnya… Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram. -Kita sebenarnya… Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal. -Kita sebenarnya… Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat. -Kita sebenarnya… Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan. -Kita sebenarnya… Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang. -Kita sebenarnya… Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita. -Kita sebenarnya… Lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum. -Kita sebenarnya… Lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid. -Kita sebenarnya… Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri. -Kita sebenarnya… Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama. -Kita sebenarnya… Lebih suka pergi konsert, karaoke daripada ceramah agama. -Kita sebenarnya… Lebih suka mengumpat orang daripada mengingati kebaikan orang. -Kita sebenarnya… Lebih suka mencarut apabila melatah daripada menyebut nama Allah. -Kita sebenarnya… Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan. -Kita sebenarnya… Lebih bangga dgn kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan. -Kita sebenarnya… Lebih suka bersekongkol dengan pemeritah yang melakukan kezaliman daripada pemerintah yang baik. -Kita sebenarnya… Lebih cintakan Duniawi daripada urusan Akhirat